Ilmu dituntut
bayi baru lahir
anak mula berfikir
remaja akil baligh
dewasa telah mahir
tua di saat akhir
Ilmu dituntut
guru mengajar dunia
hakim menegak akta
imam menasihat agama
saintis mengkaji fenomena
wartawan menguar-uar berita
tabib meninggi taraf kehidupan
jurutera mencipta penyelesaian