SAJAK

Ilusi

I
Dalam kemesraan ini
Dalam keakraban ini
Berbayang kebimbangan
Yang singgah di benak
Yang datang mendadak
Payah ditolak
Bagai ilusi
Datang bagai kilat
Menyambar ligat
Cepat tidak lekat
Berjalan cepat
Lalu hilang kelibat.

II
Muncul di sudut sana
Bertukar nama
Meskipun mukanya sama
Persis wayang Cina
Merah putih berwarna
Tapi masih watak yang lama
Biar kau bertukar nama
Biar kau bertukar wajah
Biar kau bertukar kulit
Biar kau bertukar hati
Biar kau bertukar jantina
Tidak mungkin kulupa.

Langgani BeritaHarian.sg untuk menikmati laporan ini. Sila DAFTAR untuk teruskan.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 30
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.