Ghaib dari mata
Namun wujud dalam hati
Kadang rapuh... teguh... kukuh
Bina atas ikhlas dan ihsan
Manfaat pada yang jauh dan dekat
Penyambung antara timur dan barat
Antara kemiskinan dan kekayaan
Antara kasih dan sayang
Antara ingat dan alpa
Antara jahil dan kikir
Antara dosa dan takwa
Antara darah dan nanah
Antara Adam dan Hawa
Antara zalim dan dizalimi
Antara jannah dan api
Antara pemusnah dan silaturahmi
Antara kebenaran dan kebatilan
Antara mulus dan kudus...
Antara ketulusan menuju Al-Khalik