AMAN SAMAT
Sepuluh tahun berlalu. Rasanya begitu sekejap masa sahabat seperjuangku meninggalkan aku. Teksi yang membawaku, membelok ke kanan masuk ke jalan Lim Chu Kang Road. Tidak perlu aku arahkan, dia tahu jalan menuju ke destinasi yang aku beritahunya semasa aku menaiki teksinya.