DOA sudah dibaca. Tetamu terhormat, Timbalan Menteri Pertahanan, sudah menyampaikan ucapan perasmiannya. Kayu penghalang di hadapan buritan kapal sudah diangkat. Pancaragam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sudah mengakhiri persembahannya.
Semuanya sudah selesai, hanya menanti saat-saat yang menggembirakan. Satu lagi kejayaan dan kebanggaan TLDM, kebanggaan negara.