BENARKAH karya-karya sastera penulis Melayu kurang bermutu menyebabkan pengamal-pengamal media televisyen Singapura tidak berminat menerbitkannya menjadi rancangan-rancangan drama?
Benarkah pembikin drama lebih gemar membuat skrip sendiri daripada mengadaptasi karya sastera kerana novel, cerpen dan skrip pentas sangat asing dengan penonton? Justeru mengadaptasi novel bukan pendekatan terbaik dalam industri penyiaran tempatan.