Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
0

Kehilangan cetus pencarian

Sasterawan mapan Suratman Markasan lancar empat jilid koleksi karya sejak 1954
Dec 08, 2013 | 09:13 PM



PEMERGIAN isteri, Allahyarhamha Saerah Taris, dalam kemalangan ngeri pada 1987 hampir menghancurkan kehidupan penulis Singapura, Haji Suratman Markasan.


Namun peristiwa sedih itulah yang menjadi titik tolak sasterawan yang kini berumur 82 tahun itu mempelajari erti kehidupan, kematian dan tunjuk ajar Melayu yang bersendikan Islam.


Dari situlah beliau menjadikan ajaran Islam teras karya-karya cereka dan bukan cerekanya, sehingga berjaya dibukukan dalam empat jilid.


Mengambil masa dua tahun untuk dikumpulkan, jilid-jilid tersebut merangkumi karya puisi, cerpen, kertas kerja dan ucapan serta wawancara yang dihasilkannya dari 1954 hingga 2012.


Siri berjudul Kembali Ke Akar Melayu, Kembali Ke Akar Islam itu dilancarkan dalam majlis gilang-gemilang di The Pod, Perpustakaan Negara, Victoria Street, kelmarin, sambil disaksikan lebih 100 tetamu golongan sasterawan dan ilmuwan dari dalam dan luar negara serta kenalan.


“Pada waktu itu (1987), saya betul-betul tergugat. Pagi saya jumpa arwah waktu sarapan. Petang jumpa di hospital, arwah sudah meninggal.


“Dalam pengumpulan karya ini, jumlahnya tidak sebanyak seperti sebelumnya kerana saya amat berhati-hati waktu menulis dan mengambil masa lebih lama kerana saya menilainya dulu,” ujar Haji Suratman, ketika ditemui di akhir acara.


Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim.


Diminta mengulas kelahiran buku-buku terbitan Darul Andalus itu, sasterawan Singapura, Encik Djamal Tukimin, berkata bahawa langkah tersebut memang sudah patut dilakukan.


“Memang sudah tiba masanya. Ini bakal menjadi sumber rujukan yang mudah. Semuanya ada, baik puisi, cerpen atau kertas kerja,” ujar Encik Djamal.


Pengkritik dan pengarang sastera masyhur Malaysia, Dr Abdul Rahman Napiah, atau lebih dikenali sebagai Mana Sikana, pula berkata buku-buku tersebut merupakan wadah orang ramai mengetahui perkembangan, pemikiran dan pencapaian Haji Suratman.


“Buku-buku ini penting kerana orang dapat tahu keadaan sastera pada satu-satu masa. Dulu lain, sekarang lain. Beliau seorang tokoh, maka pencapaian tokoh itulah sastera kita,” ujar Dr Rahman.


Menyentuh tentang rancangan seterusnya, Haji Suratman berazam terus menulis.


Bahkan, beliau sedang menyiapkan novel yang buat sementara waktu diberikan tajuk Perang dan Cinta.


Novel bersuasanakan sekitaran global dan di luar lingkungan kawasan Nusantara itu bakal siap menjelang penghujung tahun depan.


APA KATA KARYAWAN MENGENAI BUKU 


‘Siri berjudul Kembali Ke Akar Melayu, Kembali Ke Akar Islam’ “Memang sudah tiba masanya. Ini bakal menjadi sumber rujukan yang mudah. Semuanya ada, baik puisi, cerpen atau kertas kerja.” 
– Encik Djamal Tukimin, sasterawan 


“Buku-buku ini penting kerana orang dapat tahu keadaan sastera pada satu-satu masa. Dulu lain, sekarang lain. Beliau seorang tokoh, maka pencapaian tokoh itulah sastera kita.” 
– Dr Abdul Rahman Napiah, pengkritik dan pengarang sastera masyhur Malaysia 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >