Kerusi aku ini biasa
yang berkaki
yang bersandar
yang bertangan
yang merehatkan badan
kerusi orang kebanyakan
Kerusi ini bukan yang dikejar-kejar
bagai kerusi perundangan
rebutan pencadang pembangkang
punca suara lantang
punca saraf tegang
punca mata selalu terang
punca tanggungan
tidak disewenang-wenang
punca pengundian orang awam