Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
3

SAJAK

Ketika Damai Hilang

(Dedikasi Untuk Saudaraku Orang Rohingya)
Jul 20, 2015 | 06:22 AM

Ketika damai hilang,

yang terlahir adalah kegelapan di dalam hati manusia

bila harapan merekah dan punah menjadi debu-debu semalam

Lukanya mencabar kesabaran dan keimanan

dan kemarahan itu mengamuk bagaikan singa yang kelaparan

masih adakah penghalang yang membatasinya

atau apakah ia terlepas dan mencakar orang yang tidak berdosa?

Masihkah mampu kau sujud pada-Nya

atau apakah kau akan tumbang sebagai mangsa?

Ketika air mata bercucuran mengiringi kematian,

mimpi indah semalam menjadi bangkai tanpa rupa,

hati mana yang tidak menjerit dalam keperitan?

Ketika bumi bermandikan darah kaum keluargamu,

ketika harga dirimu diinjak-injak tanpa simpati

ketika kelaparan dan kemiskinan menyelimutimu,

ketika kau kehilangan kekuatanmu,

jangan engkau tenggelam di dalam rasa putus asa!

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >