ANTARA khazanah persuratan Melayu yang penting ialah kesusasteraan kitab.
Istilah 'kesusasteraan kitab', menurut Dr Hamiding Sanor, pakar dari Patani, selatan Thailand, merujuk kepada sejumlah kitab berisi ajaran tauhid, fikah, adab sehingga tasauf yang disampaikan lewat puisi seperti syair, pantun dan prosa (penceritaan).