HURAIAN terbaik bagi melestari dan memajukan masyarakat Minangkabau adalah mewujudkan Daerah Istimewa Minangkabau (DIM) yang berkuasa autonomi.
Demikian huraian Prof Dr Mochtar Naim, yang pernah menjadi ahli dewan siasah Indonesia, ilmiawan dan budayawan Minang, sewaktu sesi soal jawab selepas ceramahnya di Taman Warisan Melayu baru-baru ini.