Kaukutip kerikil beberapa butir
lalu lontarkannya ke dalam pasu
dan kauambil segenggam pasir
kemudian taburi atas kerikil itu
dengan selamba kau pun berteriak
inilah maknanya sekuntum sajak.
Maka orang ramai pun jadi keliru
menerima bulat-bulat cetusanmu
biar sebenarnya mereka pun ragu
namun tetap menjempol padamu
kerana tak mahu dianggap dungu
seperti maharaja nan tidak berbaju.