Melayu oh Melayu
disalah erti selalu
asyik dianggap dungu
malas atau keliru
mudah melatah bercelaru
Melayu oh Melayu
disalah erti selalu
ada kala dilabel dengan melulu
ada kala dilontar tuduhan bak peluru
bertubi-tubi tak henti-henti
sehingga menyebabkan semangat kaku dan mati