Dalam sejarah Singapura sejak merdeka pada 1965, ada, tetapi tak ramai, menteri, pegawai rendah mahupun tinggi pemerintah, dan Anggota Parlimen (AP) dibawa ke muka pengadilan bagi tuduhan jenayah.
Sudah ada yang dihukum penjara dan denda bagi kesalahan jenayah yang mereka lakukan, yang termasuk makan suap, iaitu melakukan rasuah dengan mengambil sogokan, dan tumbuk rusuk, iaitu melakukan rasuah dengan memberi sogokan.