Walaupun kau dilihat gerak perlahan
Hanya kepulan awan hitam
Kau punya kekuatan
Menahan sinaran Suria yang garang
Menghasilkan hujan
Menyebabkan ribut taufan
Menggelorakan lautan
Menghancurkan rintangan
Menimbulkan kesusahan
Banjir yang menenggelamkan
Yang tidak diinginkan
Inilah antara takdiran Tuhan
Menguji kekuatan iman
Kepada semua insan
AMAN SAMAT