atas nama persahabatan
atas nama kebersamaan
kita berada di sini
bagai kiambang di kolam
kita bertaut kembali
bukan kerana apa-apa
sekadar merangkai
nostalgia silam
masihkah kita ingat
di atas kemegahan
sang nila utama
kita mengongsi namanya
di situlah tapak kita bermula
berdiri teguh harapan
anak-anak bangsa pilihan
merintis jalan baru dituju
berani menyahut cabaran
mencari arah ke arus watan
membina semangat baru
di persada zaman