BOLA mata ketua kawasan blok sesebentar mengerling buah nangka yang kaku di atas meja pejabatnya. Sesebentar melayang pandang pada Nadeem yang terhenyak di sofa tamu. Kededua mata Nadeem terpaku pada skrin tabletnya. Begitu asyik membaca buku-e siri kisah klasik Melayu. Dua minggu lalu, mindanya menyantap kisah Sultan Mahmud Mangkat Dijulang. Kini, dia sedang habiskan kisah Singapura Dilanggar Todak. Tidak dipedulinya harum nangka yang menyegar ruang. Ketua kawasan blok bingkas bangun. Ditolaknya kerusi ke belakang lalu melangkah ke arah Nadeem.
“Awak lagi?”