Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
0

SAJAK

Nelson Mandela (1918-2013)

Jan 14, 2014 | 01:16 PM



Namanya Nelson Mandela, 95 tahun tersekat usia


wira Afrika Selatan, dihormati seantero dunia


mengingatkan kita, aparteid adalah tuba


membunuh rasa cinta sesama manusia


mengilhamkan kita, jangan cepat berputus asa


betapa tidak mustahil meraih cita-cita


merangsang kita


berani berkorban demi tujuan mulia


atas nama hak asasi manusia


menyedarkan kita


membalas dendam menggaring suara


bukannya mulus cara


menyelesaikan kerasnya sengketa


mendorong kita, disiplin sepenuh jiwa raga


adalah kunci kejayaan bagi mereka


yang benar-benar dewasa.


Madiba nama julukannya


pernah terkurung 27 tahun lamanya


di penjara yang amat lokek senyuman


cuba mematikan semangatnya


galak menegakkan keadilan.


Namanya Nelson Mandela


pencetus inspirasi jutaan manusia


yang dahagakan pembebasan yang terpenjara


tidak jenuh-jenuh menyatupadukan rakyat


tanpa mengira warna kulit dan darjat.


Namanya nama keramat


menyarung makna mesra yang sarat.


 


 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >