NAZARIAH NASIR
Mangkuk tingkat yang dibelinya itu tidak sama. Tidak sama warna dan tidak sama saiznya. Macam mana lagi hendak mencari yang sama? Zaman milenium ini dengan teknologi yang canggih, mangkuk tingkatnya direka khas dengan menggunakan gambar digital tetapi tidak dapat memberikan kepuasan kepada hati Nenek yang hendakkan mangkuk tingkatnya yang lama. Sudah berzaman dan sudah tidak ada lagi dalam simpanan kerana telah karat dimamah usianya.