Pak, Nak Kahwin?
"Bukan bapak tak mau kahwin lagi. Banyak perkara lain lagi yang patut bapak fikirkan," katanya dengan suara lembut kepada anak-anaknya yang bertiga. Mereka sedang duduk di ruang tamu flat bapak mereka. Telah beberapa kali perkara ini dibincangkan oleh mereka empat beranak. Kekadang perbincangan itu disertai oleh menantunya sekiranya anak sulung mereka berkunjung bersama keluarganya.