Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
0

SAJAK

Pakai Dahulu Pokai Kemudian

Oct 15, 2017 | 05:30 AM



"Pakai dahulu bayar kemudian"

Sukanya ibu terlihat iklan

Dalam akhbar Berita Harian

Di tengah-tengah satu laporan

Tentang Melayu berhutang-hutangan



"Tuah anda siapa yang tahu?"

Sanggup belanja beribu-ribu

Walaupun nasib belumlah tentu

Tidak diendah diri tak mampu

Terus berjudi cara yang baru.



"Keemasan, ketulenan gaya"

Bangsaku termakan tipu dan daya

Asalkan dapat memasang muka

Topeng dipakai dihias kaya

Bila dibuka ternyata papa.



Celiklah teman biarlah terang

Janganlah akal sanggup dibuang

Mengejar nafsu hendak temberang

Tangan memberat indah bergelang

Namun berhutang keliling pinggang.



HALIMUN NUSA (ANNAS MAHMUD)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >