Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
0

Peluang penulis menangi $10,000 Hadiah Sastera S'pura 2016

Oct 30, 2015 | 02:48 PM



HADIAH Sastera Singapura (SLP) kini kembali dengan penulis, pencinta sastera dan penyair berpeluang merebut pelbagai hadiah yang ditawarkan.


Seperti anugerah SLP yang lalu, ia terbuka kepada penulis empat bahasa rasmi di sini.


Menariknya, setiap pemenang utama bagi ketiga-ketiga bahagian; cereka, puisi dan bukan cereka, akan menerima wang tunai bernilai $10,000 dan menikmati peluang untuk mempromosikan karya mereka di dalam mahupun di luar negara.


Majlis Pembangunan Buku Nasional Singapura (NBDCS) dalam kenyataannya menyatakan, untuk SLP 2016, penulis yang ingin turut serta harus mengemukakan karya mereka sebelum 8 Januari depan.


Semua penulis warga Singapura - warga dan penduduk tetap - yang telah menerbitkan karya mereka dari 1 Januari 2014 hingga 31 Disember tahun ini, layak untuk turut serta dalam pertandingan ini.


Karya-karya yang telah disenarai-pendek akan diumumkan pada Mei depan, dan pemenang akan diumumkan secara rasmi di satu majlis makan malam gala pada Julai 2016.


Pengerusi NDBCS, Cik Claire Chiang, melahirkan rasa gembira dan keterujaannya kerana dapat sekali lagi menyampaikan 12 hadiah sastera di Singapura.


"Oleh kerana Majlis Buku merupakan sebuah pertubuhan bukan mencari keuntungan, SLP, seperti usaha kami lainnya hanya dapat dilakukan menerusi sokongan kewangan dan geran dari institusi-institusi pemerintah seperti Majlis Seni Kebangsaan, penaja korporat, dan penaja perseorangan.


"Kami berterima kasih kepada semua kerana membantu kami mengiktiraf antara karya-karya kontemporari terbaik Singapura," ujarnya.


Antara pemenang Hadiah Sastera Singapura yang lalu termasuklah sasterawan ulung negara, Lin Gao, Johar Buang, dan KTM Iqbal, yang telah memenangi pelbagai anugerah lain seperti Anugerah Persuratan Asia Tenggara dan Pingat Budaya.


Untuk perincian lanjut tentang SLP 2016 dan syarat-syarat penyertaan bagi keempat-empat bahasa rasmi (Melayu, Inggeris, Tamil dan Cina), kunjungi http://bookcouncil.sg/awards/singapore-literature-prize




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >