Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
3

SAJAK BUAT ALLAHYARHAM OTHMAN WOK (1924-2017)

Pemangkin Perpaduan

Apr 30, 2017 | 05:30 AM

Si anak bilis mula mengerti

Saat hormat terakhir sayu diberi

Dikau pencetus perpaduan harmoni

Si ikan bilis mula menyedari

Bakti semalam kekal terpateri

Pejuang perpaduan padu sepakat

Berbilang bangsa jitu muafakat

Menghulur bakti kata sepakat

Bagai cap mohor teguh terpahat

Menyemai jati pupuk masyarakat

Jasamu dikenang sepanjang hayat

Dalam ketegasan rupanya berbakat

Engkau menteri berjiwa seni

Tajam penamu memberi erti

Kalam kitabmu peneman diri

Walau seram menyangkak hati

Si anak bilis mula meminati

Terikut randai pena menari

Sudah suratan pergimu menemu Ilahi

Pergimu hilang tiada pengganti

Namun bakti dahulu kekal abadi

TUTY ALAWIYAH ISNIN

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >