SELAMA 24 tahun dalam profesi guru dengan sebahagian masanya memanfaatkan teknologi perhubungan dan maklumat (ICT) untuk pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu - demikianlah yang dilalui Dr Suryani Atan, pegawai daripada Bahagian Teknologi Pendidikan (ETD), Kementerian Pendidikan.
Beliau antara tokoh yang bertanggungjawab mengasuh para guru bahasa Melayu agar berani menghadapi perubahan dan arif lagi kreatif menjana teknologi maklumat.