Pohon Tua Diam Berbicara

Dalam sayu
pohon tua yang bakal rebah itu
bijak berbicara dalam diam...

"kerana sudah dimamah masa
digigit kejam usia yang tiada ikhsan
kelihatan uzur dan kaku
dengan daun-daun...
yang sudah dapat dihitung
lalu dianggap sudah tiada berguna dan jelik
oleh pandangan mata yang sering keliru
namun...
tiadakah engkau tahu
bahawa bunga yang baharu berputik
mengindahkan alam yang ada
adalah hasil sebiji benih yang gugur
daripada pohon...
yang bakal tumbang ini ditebang...
akibat keangkuhan
egomu tentang keindahan."

Langgani BeritaHarian.sg untuk menikmati laporan ini. Sila DAFTAR untuk teruskan.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 45
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.