PERANAN Pendeta Dr Muhd Ariff Ahmad atau Cikgu Ariff sebagai sasterawan, guru dan pakar bahasa sering berlaku serentak.
"Pasport antarabangsa saya yang pertama telah saya buat atas arahan Kementerian Pelajaran melalui Encik Hasan A. Thani, Pegawai Peperiksaan, kerana saya bersama Encik Husain Suradi dan Encik Abu Talib Husin (Almarhum) akan dihantar ke Brunei Darussalam untuk membimbing pemeriksa-pemeriksa kertas peperiksaan Bahasa Melayu dan Pengetahuan Agama Islam peringkat GCE 'O' yang di Brunei," ceritanya mengenai lawatannya ke Brunei.