Membacalah daripada sifat yang diusulkan
Awalnya mengenal khalik
Wujudnya di antara langit dengan bumi dan apa yang ada di antaranya
Wujud yang wajib diketahui
Yang mustahil bagi-Nya
Mesti dikenal jua
Sebelum kamu mengenal ada-Nya
Yang baru itu tidak sempurna
Dan akan musnah
Kesempurnaan mutlak bagi-Nya
Esa dan berdiri dengan sendirinya
Ketahuilah dan prihatin akan ia
Apabila tahu akan adanya hari muka
Setelah hari usiamu luput
Di situ ketahuilah nanti
Kebesaran dan kebenaran hakiki
Bahawa bait-bait puisi indah
Yang disuguh untuk kamu memahami
Segalanya adalah benar
Dunia esokmu di sana juga benar
Untung baik atau tidak memang benar
Daripadanya kamu datang dan berpulang
Tetap pasti hadirnya
Dua hala tujuan kiri dan kanan
Pilihanmu juga benar-benar
Jadi esok kita ke mana
Haluan dan tujuan
Harus diseberangi sebelum
Tiba waktu pulangmu
Di petempatan barumu abadi
Prihatinlah
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul
1/3
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
< Kuiz sebelumnya
34
3
SAJAK
Prihatinlah
Feb 04, 2018 | 05:30 AM