Nadiputra – nama yang seiras dengan perkembangan teater Melayu di Singapura sejak 1970-an
Di Malam Sastera Berita Harian, beliau menyampaikan sajak bertajuk 'Puisi' di mana beliau berinteraksi bersama penonton.
Beliau mencipta sejarah menjadi aktivis teater pertama diberi anugerah berprestij persuratan Melayu Singapura, Anugerah Tun Seri Lanang.
Mantan penulis tetap skrip drama TV di Perbadanan Penyiaran Singapura (SBC dan kini Mediacorp) menubuhkan Teater Nadi pada 1985, antara kumpulan teater Melayu pertama di Singapura dan setelah itu memupuk teater untuk muda-mudi di Kelab Masyarakat Tampines West.
Ikuti persembahan Nadiputra di http://beritaharian.sg/gah/sastera/puisi-nadiputra