PANGGILAN telefon daripada doktor siang tadi bagaikan sebuah mimpi ngeri. Mimpi ngeri buat seorang ummi.
"Puan, hasil ujian darah kelmarin digabungkan dengan faktor usia, menunjukkan kandungan Puan berisiko tinggi terkena Sindrom Down. Risiko kemungkinannya 1:33. Beginilah, saya sarankan Puan buat janji temu dengan pihak hospital untuk jalani pemeriksaan air tuban."