Mohd Raman Daud atau lebih dikenali dengan nama Raman Daud merupakan wartawan kanan Berita Harian.
Di Malam Sastera Berita Harian, beliau menyampaikan sajak bertajuk 'Mengenalimu'.
Mula menulis pada 1976, Mohd Raman menggunakan nama pena Armand dalam beberapa penulisannya.
Penulis prolifik ini adalah mantan penulis skrip drama di Perbadanan Penyiaran Singapura.
Antara karya beliau merupakan skrip drama 'Bapak mau kawin' yang pernah dipentaskan sewaktu beliau menuntut di Maktab Rendah Kebangsaan. Beliau prolifik dalam menghasilkan skrip drama televisyen (sejak 1980), skrip drama pentas, esei sastera, cerpen dan sajak.
Ikuti persembahan beliau di http://beritaharian.sg/gah/sastera/raman-daud-mengenalimu