Bagai dinyatakan oleh penyair Mohd Khair Mohd Yassin, biduan negara Ramli Sarip merupakan enigma kesenian yang ‘terpilih’ daripada ribuan penyanyi sejak wujudnya industri muzik kita.
Di Malam Sastera Berita Harian, Ramli mendendangkan tiga lagu - 'Bukan Kerana Nama', 'Bahasa Terindah' dan 'Senandung Hidup Berbudi'.
Kehebatan Ramli Sarip sebagai penghibur tidak setakat pada lagu-lagu roknya sahaja, gelaran raja rok mungkin tidak dapat menggambarkan sebenarnya perjuangan dan pengorbanan seniman yang sudah melingkari beberapa dekad di dalam bidang seni suara dan muzik.
Ikuti persembahan beliau di http://beritaharian.sg/gah/sastera/ramli-sarip-menulis-bukan-kerana-nama