Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
0

SAJAK

Rentannya Iman Kami

Jan 14, 2014 | 02:03 PM



Andai Ayat 68 dari Surah Yasin dihayati

banyak yang insaf dan tidak pinggirkan Ilahi

ramai yang akan belajar merendah diri

daripada berlagak dan berbesar diri

ramai akan terdidik agar sedar diri

akan berkurangan yang alpa jasmani


Sesungguhnya kita diciptakan-Nya

tak kalis mati

kekuatan kita mudah rapuh dengan ujian bertubi-tubi

setakat diserang sakit pada sebatang gigi

Azab kita tidak terperi merintih tak henti-henti

cuma tercocok sebatang duri di kaki

raung kita macam tertanggal jari


Namun haloba kita tidak bertepi

tak kenal puas dan syukur dengan nikmat yang diberi

tak tenang tengok orang lain senang lantas iri hati

selalu mahu menang dan untung, rugi jauh sekali

apabila sihat dan mewah ego kita meninggi

seolah-olah semuanya kekal dan abadi


Inilah akibat bila orang susah

dan sakit tidak dibantui

setiap kematian yang berlaku langsung tidak dipeduli

mengambil iktibar menimba ilmu agama jauh sekali

sibuk memburu hidup yang menipu sampai Allah

di letak tepi


Ya Allah jadikan kami hamba yang tetap bersabar saat diuji

Ya Allah jadikanlah kami hamba yang mendirikan solat tanpa tunda

dan demikianlah juga zuriat keterunan kami!




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >