SAJAK

Sebuah Episod Kala Subuh

Seorang lelaki tua
di sebuah kota gagah
menolak basikal di pekarangan masjid
serba indah
melabuhkan lelah di bangku kayu
menatap langit subuh
dengan redup mata berkaca
tangan menadah rezeki
bercucuran jatuh bertali-temali
seorang jadi doktor
satu lagi profesor
yang ketiga peguam tersohor
keempat menganggur
selepas keluar dari penjara
dek membela ayahnya
daripada disaman anak sendiri
kerana tak mampu bayar kos rawatan
dan menolak teori songsang ilmuwan.

Perlahan-lahan langit mencurah cahaya
terangnya kulit bumi
tak bererti subur tanahnya.

Langgani BeritaHarian.sg untuk menikmati laporan ini. Sila DAFTAR untuk teruskan.

Waktu Solat

Subuh
5:38
Syuruk
6:55
Zuhur
12:59
Asar
4:00
Maghrib
7:02
Isyak
8:10
3 HR PSI: 40
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.