NAMA Muhammad Khalid Zainul (MKZ) mungkin belum dikenali ramai pencinta puisi di sini, walaupun beliau terlibat dalam penulisan puisi sejak lima atau enam tahun lalu.
Malah, beliau boleh dianggap sebagai seorang penyair yang gigih berkarya, sekalipun puisinya tidak kerap terbit di akhbar ini.