CERPEN

Semuanya berakhir di sini

KAMI sedang sibuk menyiapkan juadah berbuka pada hari itu, hari ke-24 berpuasa. Baru sebentar tadi, solat asar baru kami dirikan, berimamkan Ustaz Roslan Mohamed, imam eksekutif Masjid Muhibah. Selepas solat, kira-kira 10 saf, kami membahagikan bubur masjid kepada jemaah yang sedia beratur. Setiap jemaah diberi satu plastik yang berisi dua bekas bubur masjid. Kaum wanita masuk dari pintu belakang masjid untuk mengambil bubur. Tidak sampai satu jam, semua bubur yang kami sediakan dalam bekas plastik, habis dibahagikan.

Seperti biasa, aku mula mengatur tempat tugasku. Menyedia meja kerja. Mencari mangkuk dan sudu plastik. Menyediakan dulang dan akhirnya mengangkat tiga bekas besar berisi bubur. Tugasku seterusnya ialah mencedok bubur ke dalam mangkuk plastik, dibantu oleh Haji Gaffur, meletakkan sudu ke dalam setiap mangkuk, sebelum menghidangkannya kepada jemaah yang akan berbuka di Masjid Muhibah pada hari itu. Bubur masjid berpindah daripada tiga tong besar ke dalam mangkuk-mangkuk biru kecil. Relawan yang lain menyediakan juadah kuihmuih dan buah-buahan.

Langgani BeritaHarian.sg untuk menikmati laporan ini. Sila DAFTAR untuk teruskan.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 34
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.