CUACA cerah pagi itu menambah keriangan warga Basrah dalam persediaan mendirikan solat Eid. Ramai orang sudah pun berbondong-bondong bergerak menuju masjid kota.
Termasuk antaranya, Hummad Abu Salamah, ulama tua berusia 80-an, yang seperti lazimnya tampak cerah dan berseri. Memang pakaiannya sentiasa kemas, menampakkan haibahnya sebagai ulama yang disegani.