Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
3

CERPEN

Silap Tingkah

KARYA AMANAH MUSTAFI
Mar 07, 2016 | 05:33 AM

HAMPIR sejam Rina baring di katil dengan fikiran yang galau. Mungkin sengketa kelmarin mendinginkan nurani suaminya untuk bermesra. Tidak mungkin sebab sejak tiga bulan lalu Rina telah pun dibiarkan. Ketukan jari jemari Yusri di papan kekunci yang didengar dari kamar tidur dijadikan jawapan yang tidak meyakinkan. Suaminya sibuk dengan kerja. Sebagai pengarah di syarikat MNC, kerja pejabat sudah mendarah daging pada Yusri. Namun, pada malam itu dan malam-malam sebelumnya, Yusri tidak melakukan kerja pejabat. Dia main game!

Di bilik belajar, telinga Yusri tajam mencari-cari bunyi dari kamar tidurnya. Setelah dia benar-benar pasti isterinya sudah terlena, barulah Yusri masuk bilik perlahan-lahan. Sebelum berbaring, matanya terpandang baju tidur Rina yang terselak hingga menampakkan pahanya yang putih gebu. Kain baju tidur yang nipis dan jarang itu menekap pada kulit halus Rina hingga menampakkan setiap lekukan dan lurah. Namun, sedikitpun tidak mencuit hatinya. Yusri meluruskan tubuh, membelakangkan isterinya untuk memulakan tidur yang sudah lama dinantikan.

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >