Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
3

SAJAK

Susuk Seorang Pemimpin

Sep 24, 2017 | 05:30 AM

mata pemimpin itukah, mikroskop

kanta menerobos sisik kerangka

meneropongi alam besar sel-sel kecil

selama hayat dipandu hajat

atur tak perlu dipecah

kalut tak pinta diperintah

pandangnya celik meskipun buta

buta bentuk, rupa dan warna

telinga pemimpin itukah, stetoskop

mendengar denyut rakyat jelata

selangkah kuda, setapak kura-kura

nafas berdesah dihanyut lumba

dicerut semput halaju dunia

dicekik arus globalisasi

hitungnya tajam dan teliti

bukan pura-pura tuli

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >