Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
3

SAJAK

Tangan-tangan

(Mengingati nasib pelarian Rohingya)
Sep 25, 2017 | 05:30 AM

Tangan-tangan

yang melambai-lambai

memanggil-manggil untuk sesiapa

yang sedia turun ke laut

air ke paras lutut

ke sisi deretan bot-bot

diperbuat daripada kayu-kayu reput

untuk datang menjemput

bayi-bayi yang longlai layu

dan kanak-kanak menangis sayu

sedu-sedan mereka dibisukan herdikan bayu

yang menyemarakkan api di rumah-rumah kayu

dijilat lidah-lidah api rakus yang menyebarkan fitnah

Tangan-tangan

yang mencapai-capai

tergapai-gapai untuk mana-mana

bantuan yang sedia dihulurkan

merentasi sempadan

dengan secubit makanan

dengan selembar peri kemanusiaan

dengan seutas doa harapan

hanya penderitaan di sisir pantai

dirodok lembing hujan bersalut badai

diragut segenap kudrat jiwa yang terkulai

dirampas impian satu kewujudan yang damai

oleh suara yang sama yang pidatokan keamanan

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >