Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
3

CERPEN

Tangisan

May 26, 2014 | 08:07 PM

KETAKUTAN semakin merajai perasaannya. Sejak pagi tadi. Lebih tepat, sejak fajar menyingsing, yang perlahan-lahan mengizinkan panah-panah cahaya mentari bersatu dengan lantai simen ruang tamu rumah lima biliknya. Segala-galanya menjadi mencengkam tajam apabila hari melabuhkan tirai malamnya. Semacam tangisan itu kian nyaring memecahkan kebeningan dan kesunyian suasana.

Tubuhnya dibanjiri keringat walaupun terpasang kipas angin siling berputar lesu. Ada habuk yang berpalit di bilah-bilahnya. Mencerminkan kelesuan dirinya sendiri yang hanya berupaya mendengar suara itu dengan telinga capangnya yang sayu dan dengan hati yang terusik pilu. Sepatutnya dia harus berasa marah kerana tangisan itu tidak tahu dari arah mana datangnya dan amat mengganggunya. Tetapi entah mengapa dia terasa ada semacam jarum kerawanan menyuntik ke dalam jiwanya.

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >