Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
0

ULASAN BUKU

Tanjung Irau diabadikan dalam puisi

Jan 14, 2014 | 01:17 PM



Tajuk Buku: Tanjung Irau


Penulis: Azizfakir


Penerbit: Pustaka Melayu Publisher


Harga: $10.00


Pembekal: Azizfakir & TOKO WIJAYA


TANJUNG Irau di kawasan utara Singapura pernah menjadi sebuah kampung yang didiami ramai penduduk Melayu.


Mereka hidup berdekatan dengan laut dan pantai semula jadi yang cantik.


Inilah yang dirakamkan oleh Azizfakir menerusi antologi puisinya, yang diberi tajuk Tanjung Irau.


Azizfakir, yang nama sebenarnya Abdul Aziz Bin Pakkeer Mohamed, dilahirkan di Lorong Engku Aman, Singapura, pada 1940.


Beliau ialah seorang guru pesara dan mula menulis pada 1960.


Selain puisi, beliau juga telah menghasilkan cerpen, esei, kritikan drama dan lukisan.


Antologi Puisi Tanjung Irau memuatkan 25 kuntum puisi yang dihasilkan dari tahun 1967 hingga 2003.


Antologi yang diterbitkan oleh Pustaka Melayu Publisher ini selain ditulis di dalam bahasa Melayu, turut diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris oleh Cikgu Safiaton Alias, Cikgu Surati Ali dan Cikgu Zubaidah Ibrahim.


Dengan adanya terjemahan di dalam bahasa Inggeris, maka antologi ini dapat dibaca orang-orang bukan Melayu.


Antologi Puisi Tanjung Irau diberikan prakatanya oleh Encik Yatiman Yusof, Mantan Setiausaha Parlimen Kanan (Penerangan, Perhubungan dan Kesenian).


Antologi ini dinamakan Tanjung Irau kerana Azizfakir banyak mengetahui tentang kisah kehidupan orang Melayu di tempat itu.


Beliau juga sering ke Tanjung Irau kerana pernah mengajar di Sekolah Rendah Sembawang, yang terletak tidak berapa jauh dari situ.


Jatuh bangun, hidup matinya Tanjung Irau banyak diselami Azizfakir kerana itulah Tanjung Irau diabadikan di dalam bukunya.


Puisi-puisi di dalam Tanjung Irau banyak bertemakan isu sosial, agama dan politik.


Sejauh ini, beliau telah menghasilkan enam buku.


Antaranya antologi puisi Kelahiran (1984), antologi cerpen Senja Di Pantai (1985), Akar Hikmat antologi puisi berbentuk mantera (1996), Jamu antologi cerpen selenggaraan (1998) dan Tempat Jatuh Lagi Dikenang (2003).


Untuk memastikan pembaca tidak jemu membaca puisi-puisinya, penulis ada menyelitkan beberapa keping foto beliau bersama penyair-penyair tersohor Singapura.


Antaranya ialah Masuri S.N. (Allahyarham), Mohd Latiff Mohd, Gani Ahmad, Anuar Osman dan A. Samat Ali.


Selain daripada itu, terdapat juga foto Azizfakir bersama ramai personaliti terkenal seperti novelis tersohor Malaysia.


Antara mereka ialah Azizi Haji Abdullah, Ishak Haji Muhammad atau Pak Sako (Allahyarham) dan pelakon terkenal Ahmad Tarmimi Siregar. Gambar foto keluarga penulis bersama anak-anak dan cucu-cucunya turut diselitkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >