Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
3

SAJAK

Tanpa Mengira Bangsa

Aug 13, 2017 | 05:30 AM

Tanpa mengira bangsa

Kita masih tegak berdiri di bumi ini

Walaupun kita hanya sebuah titik merah kecil

Namun, kita bak obor api yang semarakan dunia

Menembusi horizon kejayaan demi kejayaan

Tanpa mengira bangsa

Kita mengharungi segala ranjau yang berduri

Dalam kegelapan kita meraba-raba sendiri

Membela negara yang tercinta dari dijajahi

Berbekalkan semangat waja dan ketabahan di hati

Tanpa mengira bangsa

Kita harungi segala derita bersama

Kita tidak peduli warna kulit

Kita tidak pandang dari mana asal keturunan

Yang penting kita saling bekerjasama

Yang penting kita saling bergotong-royong dalam satu kumpulan

Itulah amalan sejak dari zaman nenek moyang kita

Hidup di kampung telah banyak mengajar kita

Erti hormat-menghormati

Erti bertanggungjawab kepada sesama insan

Erti belas kasihan

Erti keharmonian kaum diutamakan

Tanpa mengira bangsa

Cina, Melayu, India dan Serani kita tetap bersatu hati

Dengan satu misi yang sama

Untuk menggapai bintang di langit yang terang-benderang

Untuk mencapai kejayaan

Untuk menempah nama dipersada dunia

Demi membela negara yang tercinta

Tanpa mengira bangsa

Kita berteduh dalam satu payung

Keharmonian kaum tunggak kejayaan

Ekonomi dipertahankan dan berkembang maju

Luas terbentang peluang untuk setiap anak watan

Diberikan keutamaan yang menyatu padukan

Rakyat yang pelbagai bangsa dan agama

Untuk melahirkan insan yang berhemat dan berbudi pekerti

Tanpa mengira bangsa

Yang unik kitalah orang Singapura yang bangga dengan jati diri kita

Yang terdiri dari pelbagai kaum, bangsa dan agama

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >