BAHANG bilik itu mula terasa. Bintik-bintik jernih mengerumuni setiap celah ubun-ubun.
Kipas tua di hujung sudut tetap gigih melawan bahang bilik sempit itu, walaupun jerijinya dipenuhi habuk yang menebal. Kipas tetap berputar walau kuat berbunyi. Bunyi bising kipas tua seakan berpakat dengan keriuhan di luar bilik yang mengejutku.