Wahai dikau
Beribu perkataan ingin kukatakan
Berjuta harapan ingin kuluahkan
Agar mengerti maksud terpendam
Apa yang tersurat dan tersirat
Seringkali disalah mengerti
Ke mana pergi silapnya
Ke mana pergi kefahamannya
Mengapa sekarang kata-kata berbeza
Tiada seperti bahasa gurindam jiwa
Yang dulunya menjadi sandaran empuk
Untuk merebahkan diri yang keletihan
Dek gelombang hidup...
Yang tidak henti-henti membadai...