Luka disapu rapi
sakit segera diubati
lapar dan dahaga
disuap dengan mesra
disusukan dengan manja
masa dan waktu
tangis dipujuk rayu
dibelai syahdu terharu
gurindam sayu merindu
hinggakan terlena di atas bahu
aroma badannya yang gebu
melekat dalam dakapan kalbu
Begitulah sayang sejati
bukti sebati mulia hakiki
amanah yang disanjung
tanpa berlengah menjunjung
walau nafas terasa lelah
tidak pernah gundah
tidak sesekali berubah
dilakukan dengan tabah