Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
0

Wahai Diri

Mar 24, 2024 | 05:30 AM



Wahai diri
Sedarlah kau datang
Berkunjung ke rumah ini
Hanya menjadi hamba
Kepada sang Pencipta
Yang Khaliq
Yang Memberi
Yang Maha Tinggi
Dan Dia paling layak
Diagungkan.
Dengan kuasa dan kehendak-Nya
Diri kau ke sini
Bukan kau ke sini
Mahu ‘berselfie’ di makam nabimu
Di hadapan Kaabah
Di depan mimbar nabi
Dengan mengangkat kedua tangan
Seolah-olah kau berdoa cuma kosong pintaanmu
Cuma iseng-iseng
Mahu dipuji kau pernah ke mari
Bukan mencari keredaan-Nya
Memohon syafaatnya
Dan mencari pengampunan-Nya
Wahai diri
Itu adalah satu kerugian
Wang ringgit, tenaga, masa
Rehatmu dan segalanya
Lalu menimbulkan rasa riyak
Menunjuk amalmu
Sedang rasa kekerdilanmu
Kau buang jauh-jauh
Tanpa kau sedar
Kau kehilangan
Rahmat-Nya, hidayah-Nya
Pelukan-Nya....
Sedarlah kau
Wahai diri


SUMADI SARKAWI




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >