Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
3

SAJAK BUAT ALLAHYARHAM OTHMAN WOK (1924-2017)

Warna Sebuah Warisan

Apr 30, 2017 | 05:30 AM

Lelaki berpendirian teguh

kebanggaan orang laut

berhati mulia ramai terpaut

suaranya suara rakyat

penuh keramat amat menghambat

tidak mudah terbebat

godaan perkauman

demi kasih pada watan

terkibar panji kukuh harmoni

di puncak bukit perpaduan

mengusir sifat berpaling tadah

pekat sungguh kesetiaan

dengan uncang keimanan.

Lelaki berpendirian teguh

menepis tangan-tangan yang menangguk

di air keruh

yang sudah ronyok

dalam lipatan sejarah

mendahulukan ibu pertiwi

sebelum keluarganya sendiri

tidak mudah dimomok-momokkan

tabah dan sabar mengharungi cabaran

memadamkan api ketidaksenangan

dan keresahan kaum

disuntik ketegangan.

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >