Pandangan yang indah
Melahir tali fikir
Yang beralun-alun
Langit yang biru
Awan yang putih
Bagai tiada penghujung
Di benak fikir
Jannah pasti
Berjuta kali indah
Dari mata akal
Juga dalamnya rasa
Kerana kewarasan
Tidak akan pernah bisa
Singgah di sana