Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
0

SEMBANG PENDETA

Zaman perih bagai nak kiamat

Jan 14, 2014 | 02:04 PM



SESETENGAH orang yang melalui suasana perih zaman Pendudukan Jepun di Singapura (1942-1945) menyangka dunia bagai 'nak kiamat'.


"Mentelah kakek (istilah Jawa bagi datuk) saya pernah bercerita dengan saya iaitu cerita-cerita sebelum tidur mengenai tanda-tanda kecil menjelang hari kiamat," cerita Pendeta Dr Muhammad Ariff Ahmad atau Cikgu Ariff. Sewaktu masih di sekolah rendah, beliau sekatil dengan kakeknya yang uzur.


"Entah dari mana beliau mendapat cerita tadi. Agaknya, daripada kitab Primbon. Mungkin juga agaknya beliau banyak membaca atau mendengar daripada orang tua-tua sebelum ini," tambahnya.


Antara tanda itu, menurut ungkapan kakeknya:


* beras makan ulat;


* manusia digiring macam itik;


*orang pendek berkuasa, dan


*penguasa dihinakan.


"Keadaan amat sukar dideritai rakyat yang serba kekurangan sehingga kurus dan sering berpenyakit. Tentulah askar Jepun yang pendek dan bengis hidup senang berbanding rakyat," ujar Cikgu Ariff.


Beras dicampur kapur yang penuh semacam kutu sudah menjadi makanan setiap orang. Akibatnya, ramai yang memakannya sering mengalami sakit cirit-birit, katanya.


Beliau melihat bagaimana askar Australia yang lazimnya berseluar khaki, tak berbaju atau melenggeng dan memakai topi kelepeng digiring oleh askar Jepun yang bersenapang.


"Kesian melihat mereka yang kurus cengkung digiring macam itik. Dek panas, badan mereka macam udang kena bakar," ceritanya.


Namun zaman Pendudukan Jepun berakhir juga walaupun dalam tempoh tiga setengah tahun yang amat mengazabkan.


"Semua kaum kena seksa Jepun. Namun ada semacam gambaran bahawa orang Melayu mendapat pembelaan Jepun. Ini tak benar sama sekali," ujarnya.


Setelah dua bom atom digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki, akhirnya Jepun menyerah kalah.


Di Singapura, detiknya ialah 15 Ogos 1945.


"Habis saja Jepun, duit pisangnya sudah tak laku lagi. Tapi semua orang tetap gembira kerana tamatlah sudah penderitaan. Namun siapa nanti akan berkuasa?" katanya mengingati persoalan berat ketika zaman rawan itu.


Terdapat teori A,B,C dan D mengenai bakal penguasa di Singapura.


A ialah Amerika, B ialah British, C ialah China yang diperintah oleh Chiang Kai Shek dan D ialah Dutch atau Belanda.


"Di Kampung Tiong, tempat keluarga saya bermastautin, penghulunya ialah seorang Cina. Beliau menaikkan bendera Chiang Kai Shek.


"Ketika itu berlaku percubaan oleh gangster atau kumpulan samseng Cina untuk menguasai sesetengah tempat di Singapura.


"Di kampung saya pula, kami dinasihati oleh ketua samseng agar jangan cuba keluar daripada kawasan kami. Jika perlu keluar juga, minta mereka atau upah mereka untuk melakukan seperti membeli barang keperluan," kata Cikgu Ariff.


Beliau teringat Atan iaitu kawan adiknya, Muhaiyan.


"Atan kayuh basikal sehingga ke Pasar Hong Lim. Di sana, dia kena bedal teruk-teruk. Mujurlah dia dapat kembali ke kampung," ceritanya.


Catatan MOHD RAMAN DAUD


Minggu depan: Sesudah tentera Jepun serah diri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >