Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

BAHAS BELANJAWAN

AP PAP, pembangkang teliti unjuran pendapatan, perbelanjaan pemerintah

Feb 27, 2024 | 05:53 PM



Persoalan tentang berapa banyak wang yang perlu dibelanjakan oleh pemerintah dan dari mana wang ini datang menarik penelitian beberapa Anggota Parlimen (AP) dalam sidang hari pertama perbahasan Belanjawan di Parlimen pada 26 Februari.

Sesetengah daripada mereka bimbang tentang ketepatan ramalan pendapatan dan perbelanjaan dengan menyoal bagaimana ia boleh menjejas keupayaan pemerintah melakar dasarnya.

Tidak kurang yang mendesak untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kedudukan fiskal negara.

Cik Foo Mee Har (GRC West Coast) bercakap mengenai ketepatan belanjawan – perbezaan antara unjuran pendapatan dengan perbelanjaan serta penerimaan dan perbelanjaan sebenar – menyatakan bahawa terdapat perbezaan antara anggaran kedudukan fiskal dengan kedudukan fiskal yang disemak atau telah dimuktamadkan pada dua tahun kewangan lalu.

Pada Tahun Kewangan (FY) 2022, defisit sebanyak $2 bilion telah diunjurkan, tetapi akhirnya terdapat lebihan sebanyak $1.7 bilion, dan pada FY 2023, defisit mulanya diunjurkan sebanyak $400 juta tetapi telah disemak kepada $3.6 bilion, katanya.

Beliau ingin tahu bagaimana pemerintah memastikan tahap kebolehramalan untuk membuat keputusan penting, seperti keperluan untuk menaikkan cukai bagi mengimbangi Belanjawan.

Perbahasan mengenai Belanjawan hanya akan bermakna jika pemerintah lebih terbuka dan telus dengan maklumat, kata Ketua Pembangkang yang juga pemimpin Parti Pekerja, Encik Pritam Singh.

Beliau menyatakan kesukaran yang semakin meningkat untuk memahami soal belanjawan kerana terdapat kekurangan maklumat mengenai sumber kekuatan fiskal Singapura.

Pada dua Belanjawan lalu, beliau telah bertanya tentang jumlah anggaran yang akan dikutip dalam cukai karbon, tetapi pemerintah tidak memberikan maklumat itu meskipun perangkaan awal “mungkin telah pun dibentangkan oleh Kementerian Kewangan”, kata beliau.

Dalam pembentangan Belanjawan pada 16 Februari, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, telah mengumumkan bahawa dasar ke depan Singapura akan menggunakan kira-kira $40 bilion menjelang akhir dekad, tetapi tidak menyatakan inisiatif ini walaupun “sesetengah pendapat telah digunakan untuk menentukan berapa banyak yang diperlukan untuk membiayai rancangan itu”, tambahnya.

“Jadi PAP (Parti Tindakan Rakyat) mesti memberitahu kami bagaimana pemerintah akan menggunakan $40 bilion untuk dasar ke depan Singapura supaya rakyat faham apa yang PAP percaya tentang keperluan kompak sosial hari esok.

“Sama seperti PAP menyeru Parti Pekerja supaya meletakkan alternatifnya, pastinya PAP juga mesti membentangkan cadangannya,” ujarnya.

Beliau, yang mengulangi gesaannya supaya pejabat Belanjawan parlimen ditubuhkan, berkata bahawa terdapat keperluan lebih besar untuk menjejaki keberkesanan dasar pemerintah dan hasil perbelanjaan mereka.

Encik Pritam menambah bahawa seruan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perbelanjaan dan hasil pemerintah tidak seharusnya diketepikan.

Menyanggah hujah-hujahnya itu, Encik Murali Pillai (Bukit Batok) berkata butiran pendapatan dan perbelanjaan pemerintah tertera dalam penyata akaun tahunan yang dibentangkan kepada Parlimen untuk penelitian Anggota Parlimen.

Dengan maklumat yang tersedia secara meluas, adalah menjadi tanggungjawab AP untuk menyokong saranan dasar dengan mengemukakan cadangan berapa banyak yang diperlukan untuk membiayainya, katanya.

Semata-mata mencadangkan supaya lebih banyak dilakukan, tanpa menilai program sedia ada dan memikirkan dari mana wang itu akan datang, adalah sama dengan populisme (doktrin politik dan ekonomi), tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >